Thursday, May 14, 2015

Northern Trip - Penang

Posting pertama ni aku nak share trip ke Penang dengan menaiki Nice Executive Coach. Perjalanan aku kali ini bermula dari KL Sentral. Hajat di hati nak mencuba trip Nice Imperial tapi apa yang dimaklumkan sewaktu perjalanan ni hanya perkhidmatan bas Nice sahaja yang ke Penang, manakala Nice Imperial melakukan perjalanan ke Kota Singa.
Baiklah, perjalanan pagi ini bermula jam 11.30 pagi. Bas tiba lebih kurang jam 11.35 pagi di terminal KL Sentral.



W569H-SIlverbus SL 900
Ramai juga penumpang yang naik di sini.
Untuk servis jenis ini pihak Nice menyediakan bas dengan 30 tempat duduk 2+1 buatan TKH. Kerusinya agak selesa cuma bagi yang berleher jinjang (erkkk) macam aku ni kureng selesa sikit di bahagian leher tapi takpe boleh mintak bantal untuk sendal leher tu dari pramugari yang ada.
Perkhidmatan Blue ICe yang sama seperti disediakan dalam Transnasional Blue Ice.
Selepas perjalanan bermula para penumpang disediakan dengan makanan ringan yang aku rasa kurang berbaloi dengan harga yang dibayar untuk servis ini bila kalau dibandingan dengan servis yang disediakan Aeroline dengan harga yang jauh lebih rendah.
Roti sosej dan air mineral

Bas berhenti rehat di Hentian Simpang Pulai selama 20 minit
Selepas berhenti rehat penumpang dihidangkan dengan sekotak minuman ringan. Bas tiba dengan selamat di Hentian Sg Nibong jam 3.30 petang. Keseluruhan perjalanan bas ini boleh dikatakan selesa kecuali part hidangan makanan yang perlu pihak KTB/Nice tambahbaik so that setanding dengan harga yang dibayar.